Utama

Saya Hairil Wahiri, berpengalaman lebih 14 tahun, dan telah berjaya menjual hampir 700 unit hartanah seperti rumah kediaman, rumah kedai, pangsapuri, kondominium, semi-d, banglo, tanah stesyen minyak, tanah banglo lot, tanah pembangunan, komersil dan lain-lain lagi.

Pengalaman saya sememangnya luas dari pelbagai segmen pasaran hartanah iaitu 11 tahun didalam industri second/subsale dan lelong yang mana sebelum ini di agensi Rescom Realty, Transasia Property dan sekarang bersama agensi hartanah Legacy Real Property dan 3 tahun pengalaman kerja bersama pemaju nombor satu di Malaysia iaitu Sime Darby Property bagi projek dalam pembinaan. Bukan itu sahaja, sememangnya terbukti saya adalah TOP SALES di agensi dan juga TOP SALES ketika bekerja bersama pemaju.

Kelulusan akademik saya pula ialah saya memiliki Sijil Agensi Harta Tanah (CEA), INSPEN, memiliki Ijazah dalam Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian), UPM dan juga Sarjana Sains (Keusahawanan Teknologi Maklumat), UTM dan Sarjana Sains Pelaburan Hartanah, UiTM. Saya juga adalah ejen hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Penaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Sememangnya terbukti saya telah banyak membantu pemilik rumah menjual rumah mereka dan membantu pembeli rumah memiliki rumah idaman mereka.

EMPAT PERKARA KENAPA ANDA PERLU MELANTIK EJEN HARTANAH BERDAFTAR

PROFESIONAL

Ejen Hartanah adalah kerjaya yang profesional dan dipantau oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH). Ejen Hartanah juga perlu mamatuhi akta-akta tertentu demi menjaga kepentingan pelanggan.

BERPENGALAMAN

Berpengalaman lebih 10 tahun sebagai ejen hartanah berdaftar. Kami yakin, dengan pengalaman kami, urusan jual beli atau sewa hartanah pelanggan akan berjalan dengan lancar dan yang paling penting selamat.

JIMAT MASA

Anda tidak perlu membuang masa anda untuk berurusan dengan ramai pihak dalam urusan jual, beli atau sewa hartanah. Semua urusan diuruskan oleh kami. Anda akan dapat masa yang berkualiti dan boleh melaksanakan urusan lain dengan tenang.

RANGKAIAN

Ejen hartanah mempunyai rangkaian yang sangat besar di kalangan kami. Kami juga mempunyai panel Peguam dan Bank yang pakar dalam hartanah. Kebarangkalian rumah anda terjual cepat adalah sangat tinggi.

10
Sold
Ejen Hartanah Seremban 2 Garden Homes
11
Sold
Ejen Hartanah Seremban Taman Oakland Seremban
14
Featured
Ejen Hartanah Gadong Putra Labu Ejen Hartanah Seremban
11
Sold
Ejen Hartanah Seremban Taman Sri Mawar Senawang
6
Sold
Ejen Hartanah Sendayan Nusari Bayu

Compare Properties

Compare
You can only compare 4 properties, any new property added will replace the first one from the comparison.